Tutorial Penuh Setup Webhosting Dari Blazeshosting A-Z Sampai website online
Assalamualaikum. Disini saya kongsikan tutorial penuh kepada anda pembeli baru yang baru sahaja membeli webhosting dari Blazeshosting. Terima kasih saya ucapkan kepada kerana support pihak blazeshosting. Saya harap anda tidak kongsikan kepada sesiapa tutorial ini, tutorial ini hanyalah untuk pelanggan blazeshosting sahaja. Semoga dengan tutorial ini memudahkan anda untuk membina website dan buatkan website anda online.
Langkah 1
- Pastikan anda sudah membeli webhosting dari blazeshosting.
- Pastikan anda sudah mempunyai domain. Jika masih belum ada, boleh beli disini.
Langkah 2
Anda akan menerima details akaun webhosting melalui e-mail atau whatapps atau chat di shopee anda menandakan webhosting sudah aktif dan boleh digunakan. Sila simpan email ini kerana ianya penting untuk anda log masuk ke control panel directadmin.
Langkah 3
Anda perlu mempunyai domain untuk membuatkan website anda boleh dilayari oleh semua pelawat. Jika anda sudah membeli pakej webhosting + domain dengan blazeshosting sila abaikan Langkah 4 di bawah. Jika anda membeli domain dengan pihak provider lain, maka anda perlu ikut Langkah 4 di bawah.
Langkah 4
Tukar nameserver domain
Anda perlu menukar nameserver domain anda kepada nameserver yang diberikan kepada anda melalui email. Sebagai contoh domain anda adalah pakabu.com, sila pointkan nameserver anda kepada ns1.blazeshost.com dan ns2.blazeshost.com
Jika anda tidak tahu cara untuk menukar nameserver, anda boleh berhubung dengan pihak provider iaitu di tempat anda membeli nama domain tersebut.
Disini ada 1 tutorial cara untuk menukar nameserver, jika anda membeli dari provider namecheap.
https://wiki.blazeshosting.com/kb/cara-menukar-nameserver-dari-namecheap/
Selepas anda menukar nameserver, anda perlu menunggu 1 hari ke 2 hari untuk DNS dari domain anda point ke nameserver blazeshosting.
Langkah 5
Log masuk directadmin
Log masuk ke webhosting panel anda iaitu directadmin. Info ini ada telah dapat dari Langkah 2. Sila gunakan username dan password yang telah diberikan. Jangan salah lebih 3x nanti alamat ip anda akan diblock.
Langkah 6
Menambah SSL kepada Domain
Sekarang kita nak pastikan domain kita mempunyai security iaitu https di hadapan bila pelawat melayari website kita sebagai contoh https://pakabu.com Jadi apa yang perlu anda buat adalah follow tutorial di bawah.
Masuk ke SSL Certificate
Tekan Get automatic certificate from ACME Provider kemudian tick pada domain yang anda mahukan SSL dan tekan save. Contoh di bawah saya tick ada domain wordpress.blazeshost.com dan www.wordpress.blazeshost.com
Tunggu beberapa minit, akan keluar 1 popup menandakan yang SSL sudah siap dan berjaya dipasang untuk domain anda.
Langkah 7
Membuat akaun email
Pergi ke bahagian Email Manager dan tekan E-mail Account
Di belah kanan, Tekan Create Account kemudian isikan username, password dan quota saiz email anda dan tekan Create Account.
Catat details di atas untuk rujukan akan datang.
Langkah 8
Install wordpress sebagai laman web anda
Didalam control panel ini pelbagai perkara yang anda boleh buat. Sebagai contoh install wordpress. Ok mari saya tunjukkan cara nak install wordpress. Scroll ke bawah, kemudian di bahagian Extra Features, tekan Softaculous Auto Installer.
- Di bahagian kiri, pilih wordpress
- Di tab install, pilih custom install
- Tukar https:// di bahagian domain
- Buang WP untuk directory anda
- Isikan nama site anda di site setting
- Masukkan admin account. Isikan username dan password serta email anda
- Tekan butang install
Ini menandakan anda telah berjaya install wordpress di webhosting anda.
Langkah 8
Tekan link domain anda. Contoh: https://wordpress.blazeshosting.com
Kini website anda sudah online dan boleh diakses oleh semua pelawat.
Selesai sudah tutorial penuh cara untuk onlinekan website anda. Jika anda belum mempunyai website dan mahu membuat website dan beli domain. boleh terus membeli di kedai saya.